Program Karnival Jalinan Kasih PIBG SK Semop Bersama Komuniti Tahun 2018

7 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2018 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Karnival Jalinan Kasih PIBG SK Semop Bersama Komuniti yang bertempat di Padang Sekolah Lama SK Semop. Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Semop dan Komuniti Kampung Semop serta sekitarnya. Program ini merupakan anjuran untuk tahun ke-2 bersama Komuniti Kampung Semop dan sekitarnya.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya terutama dari Kampung terdekat iaitu Kampung Kelai, Kampung Sedi dan Jaya Tiasa Pulau Bruit serta lain-lain kawasan. Program ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Program ini telah disertai oleh 9 Zon Utama dan 3 Zon daripanya ialah dari Kampung Sedi, Kelai & Jaya Tiasa. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung adalah:

Aturcara Program:
• Kehadiran Penduduk Kampung dan Jemputan VVIP
• Perarakan Peserta mengikut Zon
• Bacaan Doa
• Bacaan Ikrar daripada En. Darus Darahim (Wakil Ibu Bapa Pelajar)
• Aktiviti Senamrobik dan Zumba daripada Pelajar SK Semop dan Team Zumba Kpg Semop.
• Pendaftaran Peserta Pertandingan Sukaneka Zon & Acara Terbuka
• Pertandingan Sukaneka Zon
 Pertandingan Tarik Tali (Lelaki & Wanita)
 Pertandingan Guling Tong Biru (Lelaki & Wanita)
 Pertandingan Makan Roti (Lelaki & Wanita)
 Pertandingan Mencari Gula-Gula Dalam Tepung (Lelaki & Wanita)
 Pertandingan Menganyam Ketupat (Lelaki & Wanita)
 Pertandingan Bowling Kelapa
 Pertandingan Isi Air Dalam Botol (lelaki & wanita)
• Pertandingan Sukaneka Acara Terbuka
 Larian 100 Meter (Lelaki & wanita)
 Larian 4x100 Meter (Lelaki & wanita)
 Kerusi Ajaib (Lelaki & wanita)
 Sepak Bola Masuk Gol (Lelaki & wanita)
 Menjaring Bola (Lelaki & wanita)
 Lontar Kelapa (Lelaki & Wanita)
 Makin Jauh Makin Sayang (Lelaki & Wanita)
 Memanah (Lelaki & Wanita)
 Sepak Takraw (Lelaki Sahaja)
• Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Kategori Zon (Juara Julung Kali Penyertaan & terus menang (Jaya Tiasa Pulau Bruit)

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dengan program yang sangat meriah ini. Terima kasih dan syabas juga kepada Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Semop di atas penganjuran program yang meriah dan santai ini. Akhir sekali, terima kasih kepada Penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat di hargai hingga ke akhir hayat.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali